“Alhamdulillah, mereka semakin baik” – Ketua jurulatih Pasukan Belia Pulau Pinang.

belia

910_572747442881098_4471835165642498916_n

Saya mengharapkan sesuatu daripada pemain muda ini, mereka nampak bersemangat di dalam perlawanan tadi. Ada beberapa pemain yang baru pertama kali didedahkan di dalam situasi permainan dan latihan yang bertaraf tinggi. Alhamdulliah mereka semakin baik.” kata Ketua Jurulatih Pasukan Belia Pulau Pinang Mohd Faizal Sultan (gambar) ketika di tanya oleh Penang Sports Online baru-baru ini.

Ketika di minta mengulas tentang prestasi pemainnya selepas perlawanan persahabatan menentang Politeknik Seberang Perai sabtu lepas yang berkesudahaan pasukan belia menang dengan jaringan 2-0.

Bekas pemain Pulau Pinang ini yakin bahawasanya pemain-pemain muda ini mampu untuk pergi lebih jauh jika mereka sanggup untuk berkerja keras dalam setiap latihan dan perlawanan.

Kata beliau lagi, permainan mereka nampak semakin meningkat dari masa ke semasa dan saya berharap mereka dapat kekalkan sehingga saingan sebenar Piala Belia nanti.

Berita/Foto : Penang Sports Online

Print