Author: FA Penang

Website administrator for Penang Football Association.

Pemilihan Terbuka Skuad Bola Sepak Pulau Pinang 2019.

Untuk makluman Persatuan Bolasepak Pulau Pinang sedang mencari pemain-pemain baharu untuk diserapkan ke dalam Pasukan Bola Sepak Liga Premier, Piala Presiden (U-21), dan Piala Belia (U-19) sebagai persiapan menjelang kejohanan liga bagi tahun 2019.

Bagi tujuan tersebut, pemain-pemain yang berbakat dari seluruh pelusuk daerah di Pulau Pinang dijemput hadir ke sesi pemilihan terbuka ini. Pemain-pemain yang berbakat dari luar juga dijemput hadir ke sesi pemilihan ini.

Tarikh : 9hb – 15hb Oktober 2018
Masa : 8:00 Pagi hingga 5:00 Petang
Tempat : Padang Polo, Pulau Pinang

Semua pemain yang menghadiri sesi pemilihan ini hendaklah lengkap berpakaian sukan.

#HariaPenangHaria #BolaPenang

Ahmad Yusuf sah jurulatih baharu Harimau Kumbang

 

Ahmad Yusof telah berjaya membawa Sime Darby FC layak ke Liga Premier 2018, namun kecewa apabila pengurusan pasukan memutuskan untuk menarik diri daripada Liga Malaysia.

Ahmad Yusof kemudian berkelana ke satu lagi kelab Liga FAM, Hanelang FC musim berikutnya. Namun selepas lapan perlawanan, pengurusan pasukan mengumumkan penarikan diri daripada Liga FAM.

Ahmad Yusof sememangnya jurulatih yang penuh dengan pengalaman. Sebelum ini dia pernah membimbing 3 buah pasukan gergasi dalam saingan Liga Malaysia.

Jurulatih yang berusia 58 tahun ini pernah membimbing Pahang (2008), Kedah (2010-2011) dan Terengganu (2016), serta pernah menjadi penolong jurulatih kepada beberapa pasukan lain.

Kita Masih Yakin – Zainal Abidin Hassan

Dua kemenangan berturut turut di laman sendiri keatas pasukan ditangga kedua dan ketiga memberi sedikit kelegaan kepada pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan untuk terus berjuang didalam saingan Liga Premier 2018.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan komitmen para pemain, dan mereka membuktikan yang mereka mampu untuk bermain dengan baik dan mencatat keputusan positif. Saya amat berharap momentum ini berterusan dengan baki 4 perlawanan akan datang”

Pulau Pinang akan bertemu UITM FC di Batu Kawan pada Sabtu 14 Julai 2018.

Kunjungan Hormat Delegasi FA Penang ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Delegasi FA Penang, diketuai Timbalan Presiden Dato Abdul Rashid Ismail telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Komtar hari ini.

Pelbagai isu telah dibincangkan bersama dan petanda positif diterima daripada Kerajaan Negeri yang mengambil berat perkembangan bolasepak Pulau Pinang.

Dalam pertemuan ringkas ini, delegasi FA Penang berpeluang memberi penerangan secara terus dan terperinci kepada Yang Amat Berhormat.