Bangkitlah Tadeu!

8Selepas tiga aksi persahabatan ,nama penyerang import, Jose Tadeu paling banyak meniti dalam kalangan mulut peminat setia Pulau Pinang.

Namun, Tadeu disebut-sebut oleh penyokong bukan kerana prestasi cemerlang, sebaliknya gagal berada di tahap yang dimahukan sebagai peledak utama pasukan.

Tiada sebarang aset dimiliki oleh Tadeu mampu pesonakan peminat dan gerunkan lawan malahan kualiti penyudahnya berada di tahap membimbangkan.

Daripada tiga perlawanan,dia hanya mampu jaringkan satu gol,itu pun melalui sepakan penalti pada pertemuan dengan Felcra FC.

Berdasarkan latar belakangnya, Tadeu pernah beraksi dengan kelab terkemuka Brazil, Palmeiras dan rekod itu mungkin buatkan jurulatih, Jacksen F.Tiago yakin ambil khidmatnya.

Bagaimanapun, Jacksen juga nampaknya tidak dapat sembunyikan sedikit bimbang dengan apa dipamer Tadeu setakat ini.

Sebaik perlawanan dengan Kuala Lumpur berakhir tempoh hari yang menyaksikan Pulau Pinang tewas 0-1 hasil jaringan Casagrande, minit 63, Jacksen akui Tadeu tidak berada di tahap di mahukan.7

“Memang Tadeu sehingga kini tidak bermain yang seperti saya harapan dan berbicara kekalahan dengan Kuala Lumpur, memang dia jadi puncanya kerana gagal sudahkan dua peluang terbaik.

” Saya pernah tengok dia bermain sebelum ini dan sebenarnya dia boleh bermain lagi baik tetapi nampaknya dia belum mampu.

” Sebagai jurulatih, saya akan bertanggungjawab terhadap prestasi mana-mana pemain dan saya masih harapkan dia akan jadi salah satu senjata kita musim ini,” katanya.
Dalam masa sama, Jacksen memahami kekecewaan penyokong Pulau Pinang yang sentiasa harap terbaik daripada pasukan.

Ditambah sanggup keluarkan wang ringgit menonton pasukan kesayangan, dia akui penyokong berhak bersuara apa sahaja.

“Bagi saya penyokong ada hak berikan pendapat mereka tentang aksi pasukan kerana mereka menonton bukannya percuma.

” Jika saya sebagai jurulatih atau pemain tidak tahan dilempar kritikan,lebih baik cari profesion lain,” katanya.

Aksi persahabatan seterusnya ialah bertemu Perak pada 22 Januari ini di Stadium Perak,Ipoh. 

Print