Beto Mahu Terus Bersamba

Kejayaan meledak satu jaringan melalui jaringan padang pada aksi pusingan ketiga Piala FA berdepan Negeri Sembilan pada 17 Mac lalu umpama gol pemulih semangat buat penyerang import dari Brazil, Alberto Goncalves Da Costa.

Setelah dikritik hebat oleh majoriti peminat-peminat Pulau Pinang kerana gagal meledak dalam saingan Liga Perdana dan hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti ketika berdepan PKNS, Beto berharap dapat meneruskan momentum dalam aksi seterusnya dengan Penang Panthers.

Hadir dengan reputasi cukup gah selaku antara penyerang terbilang di Liga Super Indonesia (ISL) bersama kelab Persipura Jayapura dan Arema Cronus, selain muncul penjaring terbanyak di sana pada musim 2011/12, dia mengakui bebanan di bahunya terlalu tinggi.

“Saya berasa sangat gembira dapat menjaringkan gol buat Penang ketika bertemu Negeri Sembilan dan semua orang tahu betapa kerja kerasnya saya untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan.

“Memang saya berasa hampa kerana gagal menjaringkan gol dalam aksi beberapa kali sebelum ini tambahan saya sedar tugas sekalu penyerang utama dalam pasukan.

“Semua orang tahu bagaimana saya di Indonesia yang mampu menjaringkan lebih 150 gol di sana dan itu yang saya harap dapat buktikan di sini, ” katanya ketika ditemui.

Bertemu JDT II, pemain berumur 33 tahun itu berharap dapat meneruskan kesinambungan di hadapan pintu gol lawan dan menggesa agar banyak peluang dapat dicipta buatnya untuk menjaringkan gol.

“Sekiranya mahu melihat saya menjaringkan gol, saya harap ada peluang dapat dicipta oleh rakan-rakan sepasukan.

“Sebelum ini ramai mengkritik saya kerana gol yang kurang tetapi kalau peluang tidak datang seperti mana perlawanan-perlawanan sebelum ini, bagaimana saya mahu menjaringkan gol.

Print

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *