Brandon McDonald pertahanan baharu Harimau Kumbang!

Pasukan Pulau Pinang melengkapkan kuota pemain import selepas menandatangani Brandon McDonald bagi menggantikan Reinaldo Lobo yang mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang. Brandon yang hadir ketika sesi pemilihan diadakan, berjaya memikat ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan dan bakal memperkuat pertahanan pasukan Pulau Pinang. 

Pulau Pinang dijangka akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bagi membentuk keserasian pemain baharu dan menguji tahap kecergasan setiap pemain.

Print