Category: 100 Plus Liga Premier Posts

Pulau Pinang Berwajah Baharu..!

Kegagalan untuk kekal dalam saingan Liga Super amat mendukacitakan skuad Harimau Kumbang musim lalu. Namun, segalanya bagai memberi inspirasi buat Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk mencongak semula formula terbaik bagi kembali membawa Pulau Pinang ke saingan Liga Super 2019.

Melepaskan beberapa pemain senior, dan hanya mengekalkan lima pemain berpengalaman di samping membawa beberapa pemain yang pernah beraksi bersama pasukan elit, ianya dilihat mampu membawa cabaran pasukan Pulau Pinang untuk memcabar kejuaran 100Plus Liga Premier tahun 2018. Kemasukan Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Md Noor, Jasazrin Jamaluddin dan juga Azinee Taib di harap dapat segara membina persefahaman bersama Faiz Subri, Azidan Sarudin, Azrul Ahmad dan pemain lain untuk Pulau Pinang terus bersaing dan memberikan yang terbaik buat para penyokong tegar Harimau Kumbang.

Kehadiran Ugo Ukah dan Kang Seung Jo untuk bersama Sanna Nyassi bagi memperkukuhkan pasukan pada tahun ini menunjukkan yang Pulau Pinang begitu serius membentuk pasukan yang bakal memberi cabaran di dalam liga sambil mengharapkan keberkesanan formasi yang bakal diterjemahkan oleh Zainal Abidin Hassan membuahkan hasil. Pastinya, episod duka 2017 apabila tewas kesemua 6 perlawanan pertama tidak akan berulang dan pihak pengurusan serta para penyokong sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada skuad 2018 kali ini.

‘Cipeng’ Setia Bersama Pulau Pinang

Terkenal dengan imej bertocang, nama Azrul Ahmad sudah tidak asing lagi bagi penyokong pasukan Pulau Pinang. Bakal berusia 33 tahun pada Mac depan, pemain kelahiran Bukit Mertajam ini yang sudah sinonim dengan panggilan ‘Cipeng’, berasa amat bertuah untuk terus manabur bakti bersama pasukan negeri sendiri. Sudah mula aktif dengan sukan bolasepak sejak dibangku sekolah rendah lagi bermula di Sekolah Kebangsaan Jalan Baru, Perai dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya.

Azrul tidak kesal untuk terus serius dalam bidang yang diceburi apabila terpilih untuk mewakili pasukan Piala Presiden Pulau Pinang pada 2003 dan berjaya menjuarai Piala Presiden pada tahun 2004. Berkesempatan untuk beraksi bersama skuad senior Pulau Pinang bermula pada tahun 2004 sehingga tahun 2008 sebelum berkelana ke pasukan Kedah pada 2009, Perlis 2010 dan kemudiannya menyarung jersi Felda United selama 3 musim iaitu pada tahun 2011 hingga 2013. Azrul sempat juga bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2014 sebelum mengambil keputusan untuk kembali semula ke Pulau Pinang mulai tahun 2015 sehingga sekarang.

Anak ketiga pasangan Ahmad Bin Daut dan Norsiah Binti Noor kini sudahpun memiliki seorang cahayamata perempuan, Laila Nisaa hasil perkongsian hidup bersama isteri, Noordiana Bt Ramli dan selesa menetap di Sungai Dua, Butterworth. Semoga pengalaman luas yang dimiliki oleh Azrul, dapat membimbing pemain-pemain muda serta keseluruhan pasukan Pulau Pinang bagi saingan 100Plus Liga Premier 2018.

Mesyuarat Agong Tahunan

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dato’ Abdul Rashid Ismail mengesahkan bahawa sudah ada calon untuk jawatan Presiden FAP pada Mesyuarat Agong Tahunan (FAP) pada 17 Januari 2018.

Lebih penting calon Presiden baharu ini telah mendapat perkenan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan satu perkembangan amat positif selaras dengan usaha transformasi yang sedang diusahakan FA PENANG.

Perkembangan terbaharu ini pastinya akan menyemarakkan lagi persiapan pasukan 2018 dan keterujuaan para penyokong Harimau Kumbang.