Category: Club News

SABAH (2) – (0) PULAU PINANG

Dua faktor utama menjadi penyebab Pulau Pinang tewas tersungkur di tangan Sabah 0-2 dalam saingan Liga Malaysia 2019 di Stadium Likas, malam tadi.

Pemangku Jurulatih Kamal Kalid berkata, biarpun perlawanan kedua pasukan agak seimbang pada awal separuh masa pertama namun peluang digunakan sepenuh oleh Sabah untuk mencapai kemenangan sekaligus memperolehi tiga mata penuh.

“Anak buah saya telah membuktikan kesungguhan permainan dengan begitu baik cuma beberapa peluang yang diperolehi gagal digunakan sebaiknya untuk mencari gol.

“Terdapat tiga atau empat peluang terhidang buat Pulau Pinang namun disia-siakan sekaligus merencatkan peluang mencari gol penyamaan mahupun kemenangan.

“Kami akur dengan keputusan biarpun agak kecewa dengan apa yang terjadi sebenarnya dan Pulau Pinang perlu bangkit,” katanya.

Gol Sabah dijaringkan Luiz Junior pada minit ke-3 dan 52

Kamal berkata, biarpun gagal membawa pulang tiga mata namun semangat untuk terus berjuang tidak terhenti begitu sahaja dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk capai kejayaan.

“Harimau Kumbang tidak pernah putus asa dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk cipta kemenangan ketika menanti kunjungan Penjara FC di Stadium Negeri, Batu Kawan Rabu depan.

“Insyallah berkat doa, kejayaan pasti menjadi milik Pulau Pinang dan inilah yang kita inginkan untuk terus positif pada perlawanan di masa depan,” katanya.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menerima Kunjungan Hormat dari Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai sebahagian daripada agenda menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 2017-2021, esok.

Perkara yang sempat dibincangkan malam tadi ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta jalinan kerjasama antara FAP bersama FAM khususnya.

FAP diwakili Presiden FAP, YB Dr. Amar Pritpal Abdullah, Timbalan Presiden, Dato’ Abdul Rashid Ismail, Setiausaha Kehormat, Dastagir V. K. Mohd Yassin dan serta ahli-ahli exco FAP.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 Sesi 2017-2021.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin tiba di Pulau Pinang petang tadi dengan disambut oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), YB Dr. Amar Pritpal Abdullah bersama Timbalan Presiden FAP, Dato’ Abdul Rashid Ismail serta Setiausaha Kehormat FAP, En. Dastagir V.K Mohd Yassin.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 Sesi 2017-2021 akan berlangsung Sabtu ini di Pulau Pinang.

PULAU PINANG (2) – (1) SELANGOR UNITED

Terima kasih kepada 2,014 orang penyokong yang turun ke Stadium Bandaraya semalam..!

Pulau Pinang bangkit semula benam Selangor United.

Kemenangan yang digapai memberi sinar kebangkitan skuad Pulau Pinang apabila berjaya membenam Selangor United 2-1 di Stadium Bandaraya malam tadi.

Sekalung tahniah perlu diberikan kepada semua pemain Harimau Kumbang yang kini dikendalikan oleh Penolong Jurulatih, Kamal Kalid buat sementara waktu bagi menggantikan Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof.

Kamal berkata, tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan rasa bersyukur kepada Allah SWT di atas kemenangan ini selepas tewas 1-2 di tangan UiTM FC di laman sendiri minggu lalu.

“Pujian harus diberikan kepada kepada semua pemain di atas kemenangan ini biarpun ketinggalan satu gol selepas Selangor United menjaringkan gol pertama hasil jaringan Rizal Fahmi pada minit ke-16.

Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol sulung hasil jaringan Dhiyaulrahman Hasry pada minit ke-55 biarpun ketinggalan namun pemain bingkas bangkit segera untuk memastikan tiga mata penuh milik Pulau Pinang apabila sepakan percuma Aziz Ismail terbias pemain lawan lalu menerjah jaring pada minit ke-64.

“Kita berjaya mengekat kemaraan pemain Selangor United termasuk sepakan penalti yang berjaya diselamatkan penjaga gawang, Muhammad Hazrull Hafiz yang beraksi cemerlang malam tadi,” katanya.

Menurutnya lagi, dia hanya menyambung tugas dan amanah yang diberikan dan alhamdulillah rezeki kemenangan menjadi milik mutlak Pulau Pinang.