Category: Club News

Pemilihan Pemain Bagi Pasukan Futsal (L) Pulau Pinang

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang akan mengadakan sesipemilihan pemain bagi mewakili pasukan Futsal Pulau Pinang dalam pertandingan Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dan Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 (U21).

Tarikh : 25 November 2017
Hari : Sabtu
Tempat : Jesseball Alma
Masa : 9:00 pagi

Pemain yang hadir untuk pemilihan diminta memakai pakaian lengkap pemain Futsal.

#HariaPenangHaria #BolaPenang

Mesyuarat Khas Ahli Majlis FA Penang

Sebentar tadi telah berlangsung satu mesyuarat khas ahli ahli majlis Persatuan Bolasepak Pulau Pinang,bagi membincangkan hal mengenai perletakan jawatan presiden Yang Berhormat Zairil Khir Johari pada Selasa lepas.

Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Naib Presiden, Dato Gary Nair dan secara sebulat suara menolak perletakan jawatan tersebut.

Pihak majlis juga akan mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Zairil dalam masa terdekat untuk memohon beliau bagi terus menerajui persatuan sehingga berlangsungnya mesyuarat agong tahunan pada November depan.

MEDIA FA PENANG
11 OKTOBER 2017

Pulau Pinang fokus buru 3 mata di Kuching.

Lupakan kemenangan dengan Pahang kerana ianya kini sejarah, pemain harus terus fokus pada perlawanan Sabtu depan menentang Sarawak di Kuching. Itulah pesanan ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan kepada anak buahnya di dalam bilik persalinan sebaik sahaja Pulau Pinang berjaya memungut 3 mata penuh Rabu lalu.

“Kesemua pemain menggalas tanggungjawab dengan baik pada perlawanan menentang Pahang dan menunjukkan sikap yang sangat terpuji. Bertemu Pahang bukanlah satu lawan yang mudah, tetapi mereka telah membuktikan apabila mereka berusaha dan tidak berputus asa, mereka mampu melakar kejayaan.

Continue reading “Pulau Pinang fokus buru 3 mata di Kuching.”

Optimis pasukan mampu raih 3 mata di laman sendiri – Zainal Abidin Hassan.

 

Kekalahan kepada pendahulu liga , Johor Darul Ta’zim Sabtu lalu tidak melemahkan semangat pasukan Pulau Pinang untuk terus bangkit pada perlawanan seterusnya. Pulau Pinang akan bertemu PKNS FC Rabu depan di laman sendiri dan semestinya pasukan Harimau Kumbang ingin mencari kemenangan pertama di hadapan penyokong setia sendiri. Baki 8 perlawanan terakhir ini diharapkan pasukan dapat membuat kejutan dan terus keluar dari menghuni tangga bawahan liga.

Bertemu PKNS FC di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 11 Julai ini, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan tetap optimis bahawa pasukannya mampu untuk menghadiahkan 3 mata pertama di laman sendiri. Beliau yakin dengan prerstasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya semasa perlawanan di Larkin tempoh hari, mereka lebih bersedia dan mampu untuk melakar kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Memang ada peningkatan yang dipamerkan oleh pasukan tetapi di dalam keadaan sekarang pasukan lebih memerlukan mata berbanding apa-apa. Kami akan bekerja lebih keras dan akan berusaha lebih gigih pada perlawanan seterusnya dan merialisasikan kemenangan kerana tiada apa yang lebih penting dari kemenangan.”

Continue reading “Optimis pasukan mampu raih 3 mata di laman sendiri – Zainal Abidin Hassan.”

Perlawanan Persahabatan : Perlis (1) – (2) Pulau Pinang

Pasukan Pulau Pinang yang dalam misi mencari keserasian diantara pemain baharu dan lama berjaya menewaskan Perlis pada satu perlawanan yang diadakan di Kangar semalam. 

Pulau Pinang berjaya mendahuli Perlis 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Faizat Ghazli hasil dari hantaran cantik Mark Hartmann dan satu lagi gol hasil gerakan dan kawalan bola yang baik dari pemain yang berasal dari Gambia, Sanna Nyassi

Ketua jurulatih, Zainal Abdidin Hassan telah melakukan beberapa pertukaran pemain pada separuh masa kedua bagi menilai tahap kecergasan dan memberi peluang kepada beberapa orang pemain dari skuad Piala Presiden beraksi. Perlis berjaya merapatkan jurang hasil dari sepakan penalti Ndumba Makeche pada pertengahan separuh masa kedua. 

Pulau Pinang akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan dalam masa terdekat sebelum bertemu JDT pada perlawanan ke 14 Liga Super nanti.