Category: Super League

Mark Hartmann perkuat skuad Harimau Kumbang..!

Pasukan Pulau Pinang mengikat pemain import baharu untuk jendela perpindahan bagi mengharungi baki sembilan perlawanan Liga Super musim ini. Ketua jurulatih Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan memilih bekas penyerang Sarawak, Mark Hartmann bagi memperkuatkan bahagian serangan.

“Berbaki 9 perlawanan saya memerlukan jentera serangan yang mantap untuk digandingkan bersama Sanna NyassiKami perlu menang supaya tidak tersingkir daripada Liga Super musim hadapan,” katanya.

Penyerang import baharu Pulau Pinang, Mark Hartmann berkata akan membuktikan kebolehannya dan akan membantu Harimau Kumbang. “Saya tidak bermain secara individu tetapi bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan Pulau Pinang mengutip tiga mata penuh setiap perlawanan,” katanya.

Sanna Nyassi pemain import baharu Pulau Pinang.

Pulau Pinang mengikat seorang pemain penyerang yang berasal dari Gambia, Sanna Nyassi bagi menggantikan satu dari dua pemain import yang telah digugurkan pada jendela permindan pemain yang dibuka sekarang.

Sanna Nyassi yang kini sedang giat menjalani latihan bersama rakan sepasukan tampak cepat menyesuaikan diri dengan corak latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Sanna Nyassi juga akan diturunkan pada perlawanan ke 13 Liga Super dimana pasukan Pulau Pinang akan turun menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu.

Azidan dan Surendran kini Harimau Kumbang..!

Azidan Sarudin dan R. Surendran merupakan dua tonggak baharu pasukan Pulau Pinang yang bakal menguatkan lagi pasukan pada baki perlawanan pusingan kedua Liga Super 2017.

Kehadiran dua pemain ini diharap dapat memberi impak kepada pasukan yang sangat memerlukan sokongan moral dan mata untuk keluar dari kedudukan bawah liga.

Guna kelebihan laman sendiri – Zainal

GEORGETOWN: Skuad Harimau Kumbang perlu mengambil peluang bermain di halaman sendiri untuk menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT), yang masih menerajui carta Liga Super dalam saingan Liga Super, Rabu ini.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, berkata beliau akan mengubah taktikal dan corak permainan pasukan berkenaan supaya pemainnya dapat menjaringkan gol.

“Tidak dinafikan semua pemain JDT berada di tahap yang baik kerana baru saja bermain dengan Pahang walaupun tidak layak ke peringkat separuh akhir Piala FA. Pemain perlu berwaspada dan tidak melakukan kesalahan yang mudah seperti perlawanan sebelum ini dan menutup setiap ruang pemain JDT,” katanya.

Zainal tetap optimis untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri walaupun hanya menggunakan seorang pemain import. “Saya terpaksa ketepikan Renaildo Lobo daripada kesebelasan utama dan akan menggantikannya dengan Mafry Balang untuk memantapkan barisan pertahanan. Setiap pemain perlu membuat kerja dua kali ganda untuk memastikan mereka dapat menyekat setiap gerakan pemain JDT. Kemampuan pemain JDT tidak dapat dinafikan tetapi kesebelasan utama kita juga tidak boleh dipertikaikan kerana mereka juga adalah antara yang terbaik,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275393

Harimau Kumbang buru 3 mata di laman sendiri.

Harimau Kumbang mengharapkan ‘magic’ dari sentuhan taktikal Zainal Abidin Hassan untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri bertemu dengan The Red Warrior (TRW), Sabtu ini.

Zainal Abidin Hassan, berkata mereka perlu berhati-hati dengan penyerang lincah TRW, Mohammed Ghaddar yang sering mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan. “Bagi saya Ghaddar, Badhri Razi, Indra Putra perlu diberi perhatian oleh pemain Harimau Kumbang supaya tidak ada langsung percubaan gol daripada mereka. Walaupun kami menang keatas Felda United sebelum ini, itu tidak bermakna kami boleh bermain sambil lewa kerana TRW bermain dengan tempo permainan yang laju,” katanya.

Ketiaadan tiga pemain import utama dibarisan pertahanan pada perlawanan sebelum ini kerana mengalami kecederaan tidak merosakan percaturan Zainal. Dengan kembalinya Reinaldo Lobo yang telah pulih dari kecederaan pasti akan memperkuatkan kembali barisan pertahanan Harimau Kumbang.

“Dua perlawanan akhir pusingan pertama Liga Super merupakan misi hidup-mati bagi menempah slot ke Piala Malaysia. Saya yakin dan pasti pemain akan memberi 100 peratus tumpuan kepada perlawanan menentang Kelantan Sabtu ini dan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan di Stadium Negeri Pulau Pinang (SNPP), Batu Kawan,” katanya.

Continue reading

Harimau Kumbang buru 3 mata di laman sendiri.”