Cita-cita jadi kenyataan – S. Kumaahran

kumaahran_editedDilabel antara bakat paling memukau di Harimau Muda, S.Kumaahran akhirnya dapat pulang berbakti ke negeri kelahirannya, Pulau Pinang.

Pembubaran skuad Harimau Muda ternyata beri hikmah tersendiri kepada Kumaahran dan rakan-rakan untuk bawa cabaran Harimau Kumbang di Liga Super.

Tidak sabar turun sarung jersi keramat Pulau Pinang,Kumaahran yang baharu berumur 20 tahun cukup teruja bila bertemu penyokong-penyokong setia pasukan.

“Setelah beberapa tahun bermain di Harimau Muda, inilah masanya persembahkan apa yang saya belajar sepanjang di sana.

“Memang satu impian bila dapat beraksi dengan negeri kelahiran sendiri kefitri_editedrana inilah jadi cita-cita saya sejak bangku sekolah.

“Jika jurulatih bagi saya peluang,sudah tentu lebih 100 peratus saya akan bagi pada pasukan dalam tiap perlawanan,” katanya.

Merupakan anak jati Bukit Mertajam,Kumaahran pernah jalani latihan bersama kelab Brazil, Cruzeiro pada umur 15 tahun dan memikat kem skuad kebangsaan bila dipanggil jalani latihan pada tahun lalu.

Bukan sekadar mampu bermain di posisi penyerang, Kumaahran boleh bertindak selaku pemain sayap kiri dan kanan.

Jelas Kumaahran, sebagai pemain yang sentiasa ikuti bola sepak Malaysia,dia cukup cemburu bila melihat kejayaan negeri-negeri lain.

Justeru, dia harap kehadirannya bersama Pulau Pinang mampu beri tuah tersendiri pada tahun 2016.kumaahran1_edited

” Selalu tengok beberapa musim sebelum ini, pasukan-pasukan negeri lain julang kejuaraan manakala Pulau Pinang baharu hendak meningkat.

” Memang rasa cemburu juga tengok kejayaan mereka dan harap satu hati nanti, pasukan negeri saya mampu ikut jejak yang sama.

“Kini saya sudah dapat peluang membuat sesuatu kepada pasukan,harap aksi sulung Pulau Pinang di Liga Super setelah beberapa tahun akan hadirkan impak.

“Mana tahu kami mampu menang salah satu kejuaraan seperti Piala FA,Liga Super atau Piala Malaysia ,” katanya.

Print