ERA BARU PULAU PINANG
BERSAMA PEMAIN MUDA TEMPATAN

Musim baru, harapan baru! Pasukan Pulau Pinang akan menempuh era baru bersama Ketua Jurulatih Ashley Michael Westwood.

Jurulatih kelahiran Inggeris ini kini menumpukan kepada khidmat pemain muda tempatan untuk pasukan Pulau Pinang.

Tegas dan serius orangnya, beliau gigih menunjukkan jalan dan pasti memberi peluang kepada pemain muda berbakat untuk membuktikan kemampuan dalam saingan tertinggi bolasepak Malaysia.

Sebagai persediaan untuk musim 2017, Ashley Westwood setakat ini telah memberi kepercayaan kepada 7 pemain muda tempatan untuk bersama skuad Harimau Kumbang. Mereka adalah Muhd Jafri Firdaus Chew, Syamer Kutty Abba, Redzuan Suhaidi, Abdul Qayyum, Faizat Ghazali, Kumaahran Sathasivam, dan Zulkhairi Zulkifli.
Ini memberi bayangan awal bahawa kesebelasan utama skuad Harimau Kumbang nanti tidak hanya tertumpu dengan kehadiran pemain-pemain bintang.

    

Kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman serta import di dalam pasukan mampu mencetus satu saingan serius dalam Liga Super 2017 bagi pasukan Pulau Pinang. Beberapa siri perlawanan persahabatan dijangka diadakan bagi memantapkan lagi persiapan pasukan dalam masa terdekat.

Haria Penang Haria!

Print