Fitri Omar, Nursalam bintang baharu Harimau Kumbang

Kejayaan naik ke Liga Super memberikan satu isyarat kepada Persatuan bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk pantas memperkuatkan barisan pemain pada 2016.

Setakat ini,empat pemain baharu telah sahkan persetujuan mereka untuk bersama Pulau Pinang.

Namun, dua daripada mereka masih terikat komitmen dengan pasukan masing-masing dalam saingan separuh Piala Malaysia.

Buat masa ini,bekas pemain Kelantan, Mohd. Fitri Omar dan UiTM, Mohd. Nursalam Zainal Abidin boleh disahkan bakal menyarung jersi Pulau Pinang,musim depan.

Fitri antara pemain yang tidak perlu diperkenal lagi di peta bola sepak Malaysia dan mampu beraksi di bahagian pertahanan kiri serta sayap kiri.

Kepantasan lariannya sering kali memerangkap lawan dan semasa di MP Muar,dia bermain selaku penyerang.

Manakala Nursalam, anak kelahiran Bukit Jambul, beraksi di bahagian tengah dan merupakan pemain berbakat besar.

Dua lagi pemain yang akan didedahkan nama mereka selepas berakhir Piala Malaysia beraksi di posisi penjaga gol dan tengah.

Reinaldo Lobo yang menjadi satu-satunya pemain import  dikekalkan akan bersama tiga lagi muka baharu,  Matias Cordoba, Brent Griffths dan Jose Tadeu.

Sementara itu, 16 pemain tempatan dari musim lalu dikekalkan iaitu Sani Anuar Kamsani, Khairul Amri, Mafry Balang, Darwira Sazan, Mazlizam Mohd, Mohd.Rafiuddin Roddin dan Mat Saiful Mohamad.

Selain itu, Redzuan Nawi, Zharif Hasna, Syukur Saidin, Redzuan Suhaidi, Mohd. Failee Ghazli, Azrul Ahmad dan Elias Sulaiman turut berada dalam senarai.

Antara berita baik lagi buat pasukan Pulau Pinang ialah pada musim depan seramai tujuh orang bekas pemain Harimau Muda yang berasal dari Pulau Pinang bakal bersama pasukan.

Mereka terdiri daripada Dominic Tan, Jeffrey Chew, S.Kumaahran, Mohd. Faizat Ghazli, Wan Rohaimi Wan Rahasdi, Syamer Kutty dan Mohd.Hazrul Hafiz.

Diharapkan musim 2016 bakal beri sinar kepada Pulau Pinang dalam teruskan kecemerlangan di persada bola sepak tempatan.

Print