Haria Sanna Haria!

Sanna Nyassi, pernah beraksi selama 8 musim dengan lebih 150 penampilan di Liga Bolasepak Amerika (MLS), pemain dari Gambia ini tiba dengan penuh misteri. Dikhabarkan akan beraksi dengan sebuah kelab di pantai timur sehingga diturunkan di dalam aksi persahabatan dengan persembahan memukau, namun ‘panggilan pulau‘ lebih dekat di hati beliau.

Dengan komitmen penuh yang dipamerkan ketika hadir dalam sesi latihan bersama pasukan, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan amat terpikat dan terus menawarkan tempat kepada Sanna Nyassi untuk baki saingan 2017. Dua jaringan ketika bertemu Kelantan di Kota Bharu dalam aksi ‘debut‘ dan juga konsistensi permainan sehingga tamat musim, membuatkan pihak pengurusan dan kejurulatihan mengekalkan beliau untuk satu musim lagi dengan harapan agar Sanna dapat memberikan sesuatu yang lebih jitu untuk mengembalikan sinar dan cabaran pasukan Pulau Pinang di dalam Liga Malaysia 2018.

Dan kini, Sanna amat selesa dengan suasana dan penerimaan ‘orang Pulau Pinang‘ terhadap beliau dan amat yakin dapat berganding baik bersama Ken Ilso di bahagian serangan Pulau Pinang sambil dibantu Kang Seung Jo di tengah dan Ukah di bahagian pertahanan.