HARIMAU KUMBANG BAKAL BERWAJAH BAHARU

Pendatang baru Liga Super 2016, Pulau Pinang beri bayangan mereka akan berwajah baharu musim depan bagi bersaing dengan gergasi-gergasi Liga Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan skuad Harimau Kumbang tidak mahu mereka sekadar pelengkap saingan Liga Super musim depan.

Sudah mula mengorak langkah mengenai persiapan skuad musim depan, beliau mahu melihat Pulau Pinang kembali sebaris dengan nama-nama besar dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau ternyata memahami peminat-peminat ‘Haria Penang Haria’ amat dahagakan kejayaan setelah sekian lama tenggelam pada peta bola sepak negara.

“Saingan Liga Super berada ditahap yang sangat berbeza berbanding Liga Perdana. Jadi, kami harus mencari pendekatan baru dan juga menambah kepada barisan kejurulatihan dan pemain yang sedia ada” katanya.

Sementara itu, beliau tetap berbangga dengan kejayaan skuad Piala Presiden Pulau Pinang yang muncul naib juara selepas tewas kepada Kelantan 1-2 pada perlawanan akhir, pada Jumaat.

“Sudah 11 tahun kami tidak dapat samapai ke suku akhir. Walaupun pemain saya agak kecewa tetapi kami bersyukur dapat menjadi naib juara”