INSPIRASI KAPTEN KANG..!


Nama Kang Seung Jo tidaklah sehebat nama pemain-pemain import pasukan lain, namun bagi pasukan Pulau Pinang nama ini amat diperlukan di dalam ‘startlist’ setiap perlawanan.

Memasuki musim kedua bersama Pulau Pinang, pemain dari Korea Selatan ini sudah amat serasi dengan kancah bolasepak Malaysia.

Diberi tanggungjawab sebagai kapten untuk musim 2019, Kang yang sinonim di posisi midfielder, terpaksa korbankan posisi kegemarannya demi untuk memperkuatkan barisan pertahanan Pulau Pinang.

Ternyata kini Kang boleh dianggap pemain utiliti dan nadi pasukan Pulau Pinang apabila mampu beraksi dengan baik di posisi yang di perlukan oleh jurulatih.

Dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, kini peranan Kang lebih di perlukan untuk mengemudi barisan tengah dan ianya telah terbukti di dalam dua perlawanan terakhir.

Setelah mencetak gol pertama musim ini menerusi ‘trademark freekick’ beliau ketika menewaskan Kelantan, kreativiti Kang amat di tagih untuk membantu barisan serangan pasukan Pulau Pinang.

강승조 대위 님 감사합니다..!

#HariaPenangHaria #BolaPenang