Jiwa besar Amir Qayyum

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 3 Julai 1996, Amir Qayyum Zulkipli bukanlah satu nama yang dikenali ramai. Mula berjinak-jinak dengan bolasepak sejak di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah bersama-sama rakan sebaya sebelum minat itu mejadi lebih serius.

Kecenderungan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi, membuatkan beliau menggandakan usaha ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) dari tingkatan satu hingga tiga dan seterusnya tingkatan empat hingga lima di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul RahmanBakat serta kebolehan Qayyum telah memikat jurulatih pasukan Piala Presiden 2014 iaitu saudara Kamal Khalid untuk disenaraikan ketika beliau baru berusia 17 tahun.

Walaubagaimanapun, hasrat untuk terus beraksi dalam sukan yang diminati ini terhenti seketika apabila Qayyum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim bagi kursus Diploma Kejuruteraan Awam selama tiga tahun. Beliau kembali ke pasukan Piala Presiden 2017 di bawah kendalian Manzoor Azwira dan merupakan di antara tonggak penting yang membawa cabaran Pulau Pinang.

Corak permainan yang sering melakukan larian ‘over-lapping’ di sebelah kiri, membuatkan ramai penyokong Pulau Pinang mengimbas cara permainan Mat Saiful Mohamad suatu ketika dahulu. Dan kini, anak kepada pasangan Zulkipli Nasir dan Marini Abdul Rashid ini, sudah boleh merancang sesuatu untuk karier di masa akan datang apabila telah diserapkan ke pasukan utama bagi saingan Liga Premier 2018 dan pastinya peluang yang hadir tidak akan dipersia-siakan oleh anak muda ini.