Kemenangan Yang Sangat Penting Dan Harga Yang Mahal

Pulau Pinang mencatatkan kemenangan yang sangat berharga malam tadi dengan menewaskan Sabah 2-1 di Batu Kawan. Kemenangan yang mengembalikan moral para pemain,namun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Ketua pasukan, Ugo Ukah akan digantung pada perlawanan berikutnya dan Ken Ilso mengalami kecederaan bahu yang serius.

Untuk perlawanan bertemu Sarawak nanti, Pulau Pinang juga hanya mempunyai seorang pemain import iaitu Kang Seung Jo apabila Sanna Nyassi terpaksa diketepikan atas urusan peribadi.

Walaubagaimanapun, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan tetap optimis dengan pemain pemain yang ada dan amat berharap peluang ini dapat digunakan sepenuhnya oleh pemain pemain muda untuk memastikan Pulau Pinang dapat terus bersaing di kelompok atas Liga Premier.