Kenapa Ashley pentingkan diet pemain?

Formula bagi pemainan bolasepak tidak hanya dipengaruhi taktik pasukan, corak pemainan dan mental pemain sahaja. Ia sebenarnya turut ditentukan oleh diet pemakanan yang sihat dan seimbang.

Diet pemakanan yang sihat dan seimbang amat dititkberatkan oleh ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood. Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien dan juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang pemain.

Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang mengaplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan yang penting, prestasi optimal semasa pertandingan.

Bagi Ashley, cara pemakanan yang betul mampu memberi kelebihan yang signifikan terhadap prestasi pemain.


Apabila seseorang pemain kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal akan terganggu kerana bekalan tenaga tidak mencukupi dan ketidakupayaan untuk menjana metabolisme secara optimal akan membuatkan pemain mudah penat dan lesu.

Pemain yang mengamalkan pemakanan yang optimum mampu bermain lebih dari 90 minit perlawanan dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan. Adalah penting untuk pemain memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi.

Print