Ketua Menteri harap Mohd. Faiz terima Anugerah Puskas FIFA 2016 selepas cipta ‘Gol Ajaib’
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap ‘Gol Ajaib’ yang dihasilkan melalui sepakan percuma Mohd. Faiz Subri, 29, yang melencong luar jangka ke gawang lawan baru-baru ini turut melayakkan penyerang Pulau Pinang berkenaan menerima Anugerah Puskas FIFA 2016 kelak.
“Saya suka anggap ia ‘gol ajaib’ daripada Mohd. Faiz Subri yang sekarang mendapat perhatian dunia dan media antarabangsa.
Guan Eng turut menyerahkan insentif berjumlah RM10,000 kepada Mohd. Faiz, yang diiringi isteri, Norzawanis Hashim, 29, dan anak, Akif Fayyadh, 4.
Timbalan Ketua Menteri 1, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, dua Exco Kerajaan Negeri lain, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin serta Dato’ Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) turut menyaksikan majlis penyampaian insentif tersebut.
Turut serta, Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dato’ Seri Nazir Ariff Mushir Ariff dan Ketua Jurulatih, Jackson F. Tiago serta anggota jawatankuasa FAP lain.