Kita satu keluarga besar – Zainal Abidin Hassan

Alhamdulillah… Telah lengkap pasukan Pulau Pinang untuk tahun 2018. Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan dan semua yang terlibat dalam transformasi pasukan kali ini. Tapi, tanpa sokongan dan semangat dari semua penyokong Harimau Kumbang, pasti akan kurang serinya.

Kita adalah satu keluarga dan demi keluarga besar ini, teruskan memberi sokongan dan semangat untuk kami terus maju. Tanggungjawab yang diberikan kepada saya, In sha Allah akan saya lakukan sehabis baik untuk pasukan dan penyokong setia Harimau Kumbang..!