Layani tetamu dengan baik – Presiden FAP

_DSC0012Bahang `derby’ utara antara Pulau Pinang dan Kedah pada Selasa makin dirasai dengan pelbagai kata-kata provokasi terlontar antara dua-dua kumpulan penyokong di media-media sosial. Insiden balingan bata kepada bas pemain Pulau Pinang pada pusingan pertama Liga Super masih dirasai namun Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, mengharapkan agar tiada insiden balas dendam.

Malahan, beliau mahu penyokong setia Harimau Kumbang menerima kunjungan peminat Kedah dengan baik dan melayani mereka selaku tetamu di Stadium Bandaraya.

“Saya menyeru semua penyokong Pulau Pinang yang hadir ke stadium datang dengan semangat kesukanan yang tinggi serta elakkan provokasi ke atas peminat Kedah. Tunjukkan di luar sana penyokong Pulau Pinang antara yang terbaik di Malaysia dengan tidak membuat sebarang perkara yang merugikan persatuan dan imej bola sepak negeri.

Begitu juga kepada peminat Kedah, saksikanlah perlawanan itu nanti dengan keadaan yang tertib serta tiada provokasi, saya tidak mahu pergaduhan sama ada di dalam atau di luar stadium. Bola sepak adalah sukan perpaduan dan bukannya sukan permusuhan dan demi memastikan kelangsungan perlawanan itu nanti, kawalan keselamatan telah dipertingkatkan termasuk menambah bilangan anggota seperti FRU, Polis dan Rela,” katanya.

_MG_7034Mengenai persediaan pasukan menjelang aksi yang dianggap mampu keluarkan pasukan daripada zon penyingkiran, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bojan Hodak, gembira dengan kehadiran semula Rafiuddin Roddin dan Mazlizam Mohamad. Namun, skuad terpaksa meratapi ketiadaan Faizat Ghazli yang telah mengumpul tiga kad kuning dan terlepas peluang beraksi menentang Kedah.

Situasi itu tidak bimbangkan Bojan dan Nenad Bacina yang masih ada pengganti lain boleh diturunkan dengan abangnya, Failee Ghazli mungkin jadi taruhan.

“Buat masa ini kami turut memantau perkembangan Faiz Subri yang mengadu sakit di belakang dan tidak dapat diturunkan pada saat akhir ketika bertemu Selangor maka Elias Sulaiman jadi pilhan. Peluang Faiz masih 50-50 dan bagi posisi lain, kemungkinan ada rombakan kecil dengan membawa masuk pemain yang lebih cergas serta tidak dapat bermain ketika menentang Selangor.

Sekali lagi saya harap penyokong Pulau Pinang ayuh turun beramai-ramai serta beri sokongan padu kepada skuad Harimau Kumbang seperti mana bertemu Selangor, minggu lalu,” katanya.

Print