LIGA MALAYSIA, Kami sudah bersedia!

LIGA SUPER 2017 : SELANGOR vs PULAU PINANG

‘Lupakan kisah lampau, ayuh kita mulakan langkah baru’. Malam ini akan menjadi saksi pasukan yang di gelar ‘Harimau Kumbang’ akan bangkit untuk memberikan cabaran buat pasukan lain di dalam saingan Liga Malaysia 2017 ini.

Pasukan Pulau Pinang akan berkunjung ke Stadium MP Selayang bagi berdepan ‘Sang Gergasi’ Selangor pada aksi pertama Liga Super 2017. Pertembungan ini di lihat amat unik dan penuh nostalgia apabila kedua-dua pasukan ini mempunyai rekod kemenangan lampau. Pulau Pinang terpaksa melupakan khidmat beberapa tonggak utama yang tercedera termasuklah pemain muda berbakat S Kumaaran, Sani Anuar Kamsani dan juga penyerang import daripada Papua New Guine Nigel Dabinyaba. Ketua Jurulatih Ashley Westwood mungkin akan mengunakan kudrat pemain muda seperti Jafri Chew, Syameer Khutty Abba dan Faizat Ghazli bagi merobek kubu pasukan Selangor pada malam ini.

Ashley Westwood mempunyai perancangan yang tersendiri bagi memastikan pasukanya tidak berputih mata pada perlawanan malam ini. Kemenangan yang di cari sangat penting bagi menyuntik semangat para pemain yang di lihat begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan pasukan Pulau Pinang antara pasukan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pasukan lain.

Pertemuan malam ini pasti akan di tunggu-tunggu dengan penuh minat oleh semua peminat bolasepak Pulau Pinang yang sudah sekian lama dahagakan satu pencapaian dan prestasi yang terbaik daripada pasukan kesayangan mereka ini. Oleh itu kita berharap kedua-dua pasukan dapat menunjukan satu permainan yang bermutu tinggi dan pasukan yang terbaik akan membawa pulang 3 mata berharga buat pasukan masing-masing.

Print