Mainlah bermati-matian demi Pulau Pinang..!

lrm_export_20160908_131132_fa-penang

Beraksilah bermatian-matian sehingga ke titisan keringat terakhir… Itu azimat yang perlu ditanamkan di setiap minda pemain Pulau Pinang pada tiga aksi terakhir Liga Super. Tiada lagi ruang menebus sebarang kesilapan sekiranya mereka gagal mengilhamkan semaksima mungkin mata yang boleh membawa pasukan keluar daripada zon penyingkiran.

Bermula dengan aksi menentang PDRM, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bojan Hodak mahu semua pemain berada di tahap mental terbaik serta lupakan segera kekalahan terakhir, 1-4 kepada Perak, bulan lalu.

“Apa yang terjadi di Ipoh, tidak perlu lagi berada dalam benak pemikiran pemain dan jadikan pengajaran berguna supaya tidak lagi ulangi sebarang kesilapan. Situasi sekarang memerlukan mereka untuk bangkit dan menentang PDRM, pemain kena tanamkan dalam hati mereka seolah-olah akan beraksi di perlawanan akhir pada Sabtu ini. Tiga mata ini akan beri kekuatan tambahan menjelang detik-detik terakhir liga kerana kita akan bertandang ke Pahang sebelum menutup tirai dengan Terengganu.

Jika mereka mampu mempamerkan prestasi seperti mana permulaan pusingan kedua Luga Super, saya yakin kita boleh menjinakkan lawan namun segala-galanya bergantung kepada pemain,” katanya.

_MG_5771_wmPDRM yang masih dalam mood segar menjinakkan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia juga dalam situasi terdesak kerana hanya berada dua mata di atas zon selamat. Safuwan Baharudin, Guiherme De Paula dan Andrezinho dilihat menjadi tunjang utama PDRM serta kekuatan mereka banyak terletak di bahagian pertahanan yang cukup berdisiplin semasa bertahan.

Situasi itu pasti sukar kepada anak-anak buah Nenad Bacina yang wajib mendapatkan jaringan awal jika mahu merobohkan kedegilan skuad PDRM. Di kem skuad Harimau Kumbang, ketua pasukan, Matias Cordoba berada dalam tahap 50-50 untuk diturunkan namun sudah mula menjalani latihan beberapa hari lepas. Sementara pemain sayap kiri Pulau Pinang, Mohd. Fitri Omar, juga sedang bergelut memastikan dia sempat cergas kerana buku lalinya alami sedikit kecederaan.

Buat seluruh penyokong Pulau Pinang.. Ayuh penuhkan Stadium Bandaraya bagi memastikan kemenangan mampu menjadi milik pasukan kesayangan kita..!

Print