Majlis Ramah Mesra Dan Minum Petang Pasukan Liga Super Pulau Pinang Bersama Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Team

Majlis Ramah Mesra Dan Minum Petang Pasukan Liga Super Pulau Pinang Bersama Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Dato, Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Telah berlansung Petang Semalam Di Kediaman Rasmi Beliau Di Seri Mutiara, Jalan Utama.

Sesi ramah mesra dimulakan dengan sesi memperkenalkan semua pemain dan pengurusan pasukan kepada TYT oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan bicara santai tentang perkembangan bola sepak Pulau Pinang.

TYT sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Pulau Pinang dan pertemuan petang semalam juga TYT telah memberi kata-kata semangat kepada semua pemain agar sentiasa beraksi dengan penuh semangat Demi Pulau Pinang.

Majlis ini diteruskan dengan minum petang dan sesi bergambar bersama pasukan sebelum semua pemain bertolak ke Stadium Bandaraya bagi menghadapi perlawanan persahabatan pra musim diantara Pulau Pinang menentang Selangor.

Print