Masih ada seorang lagi… – Bojan Hodak

PC1Pemburuan Pulau Pinang untuk perkuatkan pasukan masih belum berakhir… Demikian kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pulau Pinang, Bojan Hodak.

Selepas dua pemain import sudah disahkan akan bersama skuad Harimau Kumbang, Bojan tidak menafikan yang mereka dalam usaha membawa masuk seorang lagi pemain tempatan yang beraksi di posisi pertahanan.

Pertahanan itu bukanlah calang-calang pemain dan mempunyai pengalaman luas mewakili Kelantan sejak 2008 serta pernah bermain di Telekom Melaka pada tahun 2006 dan 2007.

“Sebenarnya kami sedang berusaha lagi memperbaiki kelemahan pasukan dengan cuba dapatkan seorang lagi pemain tempatan dari pasukan Kelantan. Walaupun begitu, kami masih berdepan sedikit lagi masalah yang menyebabkan dia tidak dapat bersama lagi dengan Pulau Pinang. Namun, jika kami berjaya selesaikan dalam masa terdekat ini, dia mungkin dapat digunakan pada aksi terdekat menentang T-Team, Sabtu ini.” katanya.

Bahagian pertahanan sememangnya menjadi kebimbangan Bojan kerana masalah utama pasukan ialah tiada keseimbangan pemain di setiap posisi. Mempunyai terlalu ramai pemain di bahagian menyerang, Pulau Pinang nyata berdepan masalah ketara pada aspek pertahanan kerana kekurangan pilihan pemain.

_MG_4502_wmBagi ketua jurulatih, Nenad Bacina, dia harap dua pemain import terbaharu, Ranti Martins dan Jeong Seok-Min mampu menjulang Pulau Pinang bangkit keluar daripada zon penyingkiran.

“Mereka berdua sudah tidak banyak masa untuk buktikan sesuatu bersama pasukan dan harap dengan pengalaman yang mereka ada, kita mampu menangi baki perlawanan. Tiap kali beraksi di laman sendiri, kita sudah tiada pilihan lain iaitu mesti mengutip tiga mata penuh dan bila bermain di tempat lawan, pemain perlu tunjukkan disiplin serta semangat yang tinggi.” katanya.

Print