Optimis pasukan mampu raih 3 mata
di laman sendiri – Zainal Abidin Hassan.

 

Kekalahan kepada pendahulu liga , Johor Darul Ta’zim Sabtu lalu tidak melemahkan semangat pasukan Pulau Pinang untuk terus bangkit pada perlawanan seterusnya. Pulau Pinang akan bertemu PKNS FC Rabu depan di laman sendiri dan semestinya pasukan Harimau Kumbang ingin mencari kemenangan pertama di hadapan penyokong setia sendiri. Baki 8 perlawanan terakhir ini diharapkan pasukan dapat membuat kejutan dan terus keluar dari menghuni tangga bawahan liga.

Bertemu PKNS FC di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 11 Julai ini, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan tetap optimis bahawa pasukannya mampu untuk menghadiahkan 3 mata pertama di laman sendiri. Beliau yakin dengan prerstasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya semasa perlawanan di Larkin tempoh hari, mereka lebih bersedia dan mampu untuk melakar kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Memang ada peningkatan yang dipamerkan oleh pasukan tetapi di dalam keadaan sekarang pasukan lebih memerlukan mata berbanding apa-apa. Kami akan bekerja lebih keras dan akan berusaha lebih gigih pada perlawanan seterusnya dan merialisasikan kemenangan kerana tiada apa yang lebih penting dari kemenangan.”

Saya berdoa dan berharap permulaan yang di ingini akan bermula di perlawanan yang akan datang dan ianya lebih manis kerana kita akan bermain di hadapan penyokong sendiri, In sha Allah. Terima kasih kepada semua penyokong setia yang sentiasa bersama pasukan yang sanggup datang dari jauh untuk terus memberi sokongan kepada pasukan. Terima kasih juga kepada pengurusan yang memberi kepercayaan dan bantuan untuk mengubah pasukan ini di pusingan kedua”, katanya.

Semestinya sokongan dari penyokong setia Harimau Kumbang amat ditagih agar dapat menaikkan lagi semangat kesemua pemain. Ayuh…!!!, marilah kita terus bersatu hati demi pasukan dan negeri Pulau Pinang.

Haria Penang Haria..!!!

 

Print