Pemain muda kejutkan saya! – Bojan Hodak.

_MG_0875-2ASetelah dua perlawanan persahabatan dilalui berdepan MISC-MIFA dan Kedah, beberapa aspek menarik perhatian Bojan Hodak mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan.

Aspek positif yang ketara dapat dilihat Bojan ialah adanya beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden menarik perhatiannya kerana pamer prestasi lebih baik daripada skuad senior.  Situasi itu membuatkan Bojan mungkin senaraikan mereka bagi harungi pusingan kedua Liga Super.

“Selepas kendalikan pasukan bersama Nenad Bacina, saya dapati ada beberapa pemain muda boleh diketengahkan bersama pasukan senior. Saya cukup terkejut lihat aksi tiga dan empat pemain muda pada aksi antara pasukan senior dan Piala Presiden tempoh hari.

Nyata ada potensi pada cara permainan mereka dan mungkin mereka akan ada dalam perancangan saya selepas ini.Ada antara mereka sudah ada dalam senarai pendaftaran dengan skuad senior sebelum ini tetapi tidak diberi peluang,” katanya.

_MG_1043Menyentuh kelemahan pasukan, Bojan akui skuad sedia ada tidak seimbang daripada komposisi pemain pada setiap posisi. Dia melihat pengambilan pemain pada awal musim jadi punca ketara bila terlalu ramai pemain di bahagian serangan namun tidak di posisi pertahanan.

_MG_0612

 

“Dalam pasukan sekarang, hanya seorang pemain pertahanan kanan, itu memang memberi satu masalah. Sedangkan di bahagian tengah, saya tengok lebih 10 pemain mampu beraksi dan ini buatkan skuad kita tidak seimbang,” katanya.

Dalam masa sama,Bojan mengesahkan tiada pemain tempatan berjaya dipancing Pulau Pinang pada pintu perpindahan kedua.

“Rundingan kami dengan beberapa pasukan menemui jalan buntu kerana ada pemain itu sendiri tidak mahu datang dan tidak dapat pelepasan majikan. Memang bukan mudah hendak dapatkan pemain tempatan terbaik pada pintu perpindahan tengah musim. Saya tidak mahu dapatkan pemain secara tangkap muat atau pembelian panik sedangkan pemain itu bukan satu keperluan kepada pasukan,” katanya.

Selain itu, Bojan berkata dia belum bersedia dedahkan status pemain import terbaharu kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan.

Print