Pulau Pinang FA (5) vs (3) PKNS FC – Jacksen belum mahu senyum.

2Menang selesa 5-3 ke atas PKNS FC tetapi jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F. Tiago melihat masih banyak kelemahan ketara yang dipamer pada aspek bertahan.

Apa tidaknya, enam jaringan yang bolos setakat ini dalam dua perlawanan semuanya berpunca daripada situasi bola mati.

Situasi itu buatkan Jacksen tidak senang duduk memikirkan punca mengapa Pulau Pinang mudah dihukum dalam situasi berkenaan.

” Kalau mahu bercakap mengenai soal keputusan, saya boleh berpuas hati tapi bukan itu yang jadi keutamaan pada masa sekarang.

“Tiga gol yang bolos, masing-masing satu melalui sepakan percuma, penjuru dan penalti, jadi itu sedikit bimbangkan saya.

” Keadaannya sama seperti perlawanan pertama dengan Felcra tempoh hari,jadi aspek disiplin pemain semasa situasi terbabit, saya kena perbaiki sebelum lawan Kuala Lumpur, Khamis ini,” katanya.

Walaupun begitu,masih ada beberapa petanda positif yang dapat dilihat oleh Jacksen pada pemain-pemainnya.

Antara aspek berkenaan ialah barisan tengah yang sudah mula pamer persefahaman baik bagi bantu barisan serangan dan pertahanan.

” Pada aspek menyerang atau bertahan, saya nampak tiada lagi ruang kosong diberikan barisan tengah kepada lawan.

” Malahan kami sudah boleh menekan lawan semasa mereka menyerang serta pantas lakukan serangan,” katanya.

5R1A0540aBekas pemain Kelantan, Fitri Omar paling curi tumpuan bila meledak dua gol pada minit 35 dan 41.

Seorang lagi pemain baharu, Fauzan Dzulkifli, membuka jaringan sulung pada minit keempat selain Faiz Subri dan Reinaldo Lobo.

Dalam perlawanan Ahad lalu, Jacksen berkesempatan menguji dua bekas pemain Harimau Muda,Mohd. Jafri Chew dan S.Kumaahran.

Aksi pemain import Argentina, Matias Cordoba menarik perhatian penyokong setia Pulau Pinang bila menjadi arkitek kepada tiga gol pasukan.

Print