Pencalonan Gol Faiz Subri Untuk
Anugerah FIFA PUSKAS 2016

_mg_9420Seperti yang semua sedia maklum, jaringan pemain Pulau Pinang Faiz Subri ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super 2016 telah pun dicalonkan sebagai antara gol “Top Ten” dunia dan berpeluang merebut anugerah berprestij FIFA Puskas 2016.

Kami di pihak FA Penang berasa amat bangga dan bertuah di atas pengiktirafan dan penghargaan ini memandangkan secara tidak langsung ianya telah meletakkan nama Pulau Pinang dan Malaysia di pentas bola sepak dunia.

Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati dan berharap agar peminat-peminat bolasepak Malaysia akan bersatu, tidak kira pasukan mana yang anda sokong, untuk memberikan undian kepada jaringan yang menakjubkan ini.
Semoga dengan undian anda, gol Faiz Subri ini akan membawa nama Malaysia ke suatu tahap yang lebih istimewa.

Dato’ Seri Nazir Ariff bin Mushir Ariff
Presiden FA Penang

Print