Pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pagi ini,dan telah bersetuju sebulat suara membuatkan keputusan:
-Ketua Jurulatih Jacksen Tiago telah DIREHATKAN dan digantikan oleh Manzoor Azwira berkuatkuasa serta merta.
-Menerima perletakan jawatan En. Laurence Loh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pro FA Penang
Disamping itu juga, pihak pengurusan akan memberi surat amaran kepada pemain pemai yang gagal memberikan persembahan yang memuaskan setelah meneliti laporan prestasi pemain dalam perlawanan semalam. Pengurus pasukan juga akan berjumpa dengan kesemua pemain untuk memastikan sasaran enam terbaik akan terlaksana.