Pengunduran Presiden FAP

Setelah dilantik secara rasmi sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) pada 17 Januari lepas, akhirnya Dato Tahir Jalaluddin Hussain telah melepaskan jawatannya bulan lalu.

Surat perletakkan jawatannya itu telah diterima dan disahkan oleh ahli majlis FAP.

Sehubungan itu, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang mempelawa mana mana individu yang berminat untuk memegang jawatan sebagai presiden FAP,untuk tampil menawarkan diri bagi jawatan tersebut.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini sedang menghadapi kemelut kewangan yang kritikal dan amat berharap agar individu yang berminat dapat menyediakan dana kewangan yang kukuh bagi operasi pasukan Pulau Pinang untuk tahun ini dan akan datang.

PERSATUAN BOLASEPAK PULAU PINANG
12 April 2018