Pulau Pinang Berwajah Baharu..!

Kegagalan untuk kekal dalam saingan Liga Super amat mendukacitakan skuad Harimau Kumbang musim lalu. Namun, segalanya bagai memberi inspirasi buat Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk mencongak semula formula terbaik bagi kembali membawa Pulau Pinang ke saingan Liga Super 2019.

Melepaskan beberapa pemain senior, dan hanya mengekalkan lima pemain berpengalaman di samping membawa beberapa pemain yang pernah beraksi bersama pasukan elit, ianya dilihat mampu membawa cabaran pasukan Pulau Pinang untuk memcabar kejuaran 100Plus Liga Premier tahun 2018. Kemasukan Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Md Noor, Jasazrin Jamaluddin dan juga Azinee Taib di harap dapat segara membina persefahaman bersama Faiz Subri, Azidan Sarudin, Azrul Ahmad dan pemain lain untuk Pulau Pinang terus bersaing dan memberikan yang terbaik buat para penyokong tegar Harimau Kumbang.

Kehadiran Ugo Ukah dan Kang Seung Jo untuk bersama Sanna Nyassi bagi memperkukuhkan pasukan pada tahun ini menunjukkan yang Pulau Pinang begitu serius membentuk pasukan yang bakal memberi cabaran di dalam liga sambil mengharapkan keberkesanan formasi yang bakal diterjemahkan oleh Zainal Abidin Hassan membuahkan hasil. Pastinya, episod duka 2017 apabila tewas kesemua 6 perlawanan pertama tidak akan berulang dan pihak pengurusan serta para penyokong sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada skuad 2018 kali ini.