Pulau Pinang buru mata di Selayang – Manzoor Azwira

DSC_0800

Berdasarkan kualiti pemain tempatan dan import, Selangor mungkin setakuk lebih baik berbanding pasukan Pulau Pinang.

Situasi itu bagaimanapun tidak menggusarkan jurulatih pasukan Pulau Pinang, Manzoor Azwira yang tekad memburu sekurang-kurangnya satu mata apabila turun bertemu Selangor pada 20 April ini di Selayang.

Ditambah prestasi kurang konsisten Selangor dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, dia melihat ada peluang buat Pulau Pinang mencipta kejutan.

DSC_0875“Memang daripada apa yang kita perhatikan, Selangor sedikit bergelut tetapi kita masih perlu menghormati mereka. Itu perkara yang saya pesan kepada pemain-pemain pada sesi latihan agar mereka jangan terlalu yakin.

Ditambah beraksi di tempat lawan iaitu di Stadium Selayang, rekod kita memang kurang sedikit baik bila beraksi di luar Bandaraya. Jadi perkara itu menjadi perhatian saya dan saya mahu pemain memberi fokus sepanjang 90 minit permainan bahawa mereka mampu mencatat kemenangan tidak kira di mana mereka bermain,” katanya.

Kegusaran Manzoor turut ditambah bila pertahanan import, Brent Griffiths disahkan bakal terlepas pertemuan dengan Selangor kerana kecederaan pangkal paha. Namun, ketiadaannya bakal digantikan oleh Reinaldo Lobo yang sempat pulih berdepan Selangor.

DSC_0632Lobo boleh diturunkan pada perlawanan menentang Selangor tetapi malangnya Brent pula ditimpa kecederaan. Dia mungkin terpaksa berehat selama seminggu dan saya fikir tidak sempat beraksi menentang Selangor. Azrul Ahmad juga masih memerlukan beberapa minggu untuk sembuh daripada kecederaan hamstring.

Bagaimanapun dengan barisan yang ada, saya tetap menaruh keyakinan dan ditambah kehadiran semula Fitri Omar dan Fauzan Dzulkifli yang boleh berada dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Print