SABAH (2) – (0) PULAU PINANG

Dua faktor utama menjadi penyebab Pulau Pinang tewas tersungkur di tangan Sabah 0-2 dalam saingan Liga Malaysia 2019 di Stadium Likas, malam tadi.

Pemangku Jurulatih Kamal Kalid berkata, biarpun perlawanan kedua pasukan agak seimbang pada awal separuh masa pertama namun peluang digunakan sepenuh oleh Sabah untuk mencapai kemenangan sekaligus memperolehi tiga mata penuh.

“Anak buah saya telah membuktikan kesungguhan permainan dengan begitu baik cuma beberapa peluang yang diperolehi gagal digunakan sebaiknya untuk mencari gol.

“Terdapat tiga atau empat peluang terhidang buat Pulau Pinang namun disia-siakan sekaligus merencatkan peluang mencari gol penyamaan mahupun kemenangan.

“Kami akur dengan keputusan biarpun agak kecewa dengan apa yang terjadi sebenarnya dan Pulau Pinang perlu bangkit,” katanya.

Gol Sabah dijaringkan Luiz Junior pada minit ke-3 dan 52

Kamal berkata, biarpun gagal membawa pulang tiga mata namun semangat untuk terus berjuang tidak terhenti begitu sahaja dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk capai kejayaan.

“Harimau Kumbang tidak pernah putus asa dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk cipta kemenangan ketika menanti kunjungan Penjara FC di Stadium Negeri, Batu Kawan Rabu depan.

“Insyallah berkat doa, kejayaan pasti menjadi milik Pulau Pinang dan inilah yang kita inginkan untuk terus positif pada perlawanan di masa depan,” katanya.