Satu mata sudah memadai…

_MG_6942_wmPengendali Pulau Pinang, Nenad Bacina tetap berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 bertemu Selangor biarpun gagal mengambil kesempatan bermain di Stadium Bandaraya. Bagi jurulatih yang berasal dari Croatia itu, berdasarkan reputasi anak buah Zainal Abidin Hassan yang duduki tempat ketiga Liga Super buat masa ini, keputusan itu bukan sesuatu perlu dimalukan.

“Kena ingat yang kita berdepan pasukan di tangga ketiga Liga Super dan mereka punyai ramai pemain berkualiti serta berpengalaman. Jadi, satu mata yang kita dapat pada perlawanan ini sudah memadai dan ada kalanya kita jangan terlalu tamak.

Jika ditanya pada saya, tiada kelemahan ketara dalam pasukan cuma kecewa dengan kami gagal lepaskan jaringan kepada pihak lawan. Saya akan pastikan kami mampu perbaiki masalah ini sebelum berdepan Kedah minggu depan, serta mampu menamatkan perlawanan tanpa dibolosi,” katanya.

Jeong Seok-Min letakkan Pulau Pinang di depan bila menguis masuk sepakan Fitri Omar sebelum Patrick Ronaldinho menyamakan kedudukan, pada minit 33. Peluang terbaik Harimau Kumbang meraih kemenangan adalah menerusi sepakan percuma Matias Cordoba pada minit 62 namun bola sedikit melewati palang gol.

_MG_7830FA_PenangDalam masa sama, Bacina mengucapkan terima kasih kepada ribuan penyokong Pulau Pinang yang datang memberi sokongan padu kepada pasukan. Kehadiran mereka nyata menaikkan moral pemain yang sudah cuba memberi aksi terbaik bagi memungut tiga mata penuh di Bandaraya.

“Saya rasa begitu puas melihat kedatangan penyokong yang membanjiri Bandaraya hari ini dan berharap mereka teruskan sokongan sebegini pada pertemuan dengan Kedah, Selasa ini. Mereka cukup penting bagi menaikkan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang walaupun pada hari ini, kami sekadar meraih keputusan seri,” katanya.

Pulau Pinang akan mendapat semula khidmat Rafiuddin Roddin dan Mazlizam Mohamad menjelang aksi dengan Kedah, Selasa ini selepas digantung satu perlawanan.

Print