Sentuhan pertama Manzoor Azwira.

Manzoor-AzwiraSebelum bermula musim ini, tiada sesiapa menyangka Manzoor Azwira mampu berada dalam situasi sebegini iaitu menjadi ketua jurulatih.

Setelah sekian lama bertindak watak pembantu kepada jurulatih sebelum ini, akhirnya Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menyerah sepenuh kepercayaan kepada anak jati negeri sendiri.

Namun, tugasan sulung yang perlu dilalui oleh Manzoor bukanlah calang-calang iaitu bertemu pasukan jiran, Kedah di Stadium Darul Aman.

Manzoor berkata, dia akan cuba beri segala-galanya untuk pasukan walaupun tempoh persiapan hanya selama dua hari bagi bertemu Kedah.

Tidak banyak rombakan saya lakukan terutama daripada segi taktikal kecuali beberapa kelemahan di posisi tertentu. Mungkin akan ada pertukaran pemain kerana selain masalah prestasi, saya juga kehilangan tiga pemain.

Fitri Omar mendapat pelepasan kerana isterinya baharu bersalin sementara Elias Sulaiman masih demam sudah hampir dua minggu. Saya juga rasa Reinaldo Lobo tidak dapat diturunkan lagi kerana masih belum pulih dari kecederaan.” katanya.

Dalam masa sama, dia menegaskan tiada layanan istimewa buat pemain import jika mereka gagal tampil memberi prestasi terbaik.

Paling membimbangkan setakat ini ialah persembahan penyerang dari Nigeria, Osas Marvelous Ikpefua yang makin tidak konsisten.

Dia (Osas) telah diberi surat amaran pertama oleh pihak pengurusan kerana menjadi antara pemain yang bermain di bawah tahap sebenar.Jadi, jika prestasinya berterusan sebegini, saya tidak teragak akan memberi peluang kepada penyerang muda lain seperti Jafri Chew, S.Kumaahran atau Faizat Ghazli selain Failee Mohd. Ghazli.

Saya hanya mahu pemain yang berada di tahap terbaik berada dalam kesebelasan utama tanpa mengambil kira status import atau tempatan.” katanya.

Print