Situasi Terkini Pasukan Pulau Pinang.

Pihak Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ingin memaklumkan bahawa, Ken Ilso Larsen dilepaskan secara persetujuan bersama untuk penamatan kontrak berkuatkuasa serta merta. Pihak kami amat berterima kasih dan sangat menyanjungi sikap profesionalisme beliau sepanjang hampir lima bulan beliau bersama kami.

Pihak FA Penang juga ingin memaklumkan dua lagi pemain, Azinee Taib dan Arman Fareez juga sudah tidak lagi bersama pasukan. Azinee telah ditamatkan kontraknya manakala Arman telah dipinjamkan ke UITM FC.

Pihak FA Penang ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga tiga pemain terbabit.