Tanpa dua “F”, Jacksen kekal tenang bertemu PDRM.

FFgauan kekalahan di tangan Kuantan FA pada pusingan kedua Piala FA masih terngiang-ngiang oleh pemain tetapi buat jurulatih, Jacksen F. Tiago dia sudah mahu lupakan apa yang terjadi.

Bertandang ke Stadium Hang Jebat berdepan PDRM, Jacksen mahu pemain-pemain buka buku baharu selain optimis pemain ada keupayaan untuk bangkit.

Jacksen Ferreira TiagoNamun, perancangan Jacksen sedikit terencat kerana tiga pemain disahkan alami kecederaan iaitu Mohd. Fauzan Dzulkifli, Faiz Subri dan Brent Griffiths sekali gus ada sedikit rombakan terpaksa dilakukan.

Jakcsen bagaimanapun tidak berasa situasi berkenaan sesuatu yang rumit kerana dia masih ada ramai pemain dapat diturunkan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Fauzan, Faiz dan Griffiths.

“Biarpun mereka bertiga tidak ada, itu bukan satu perkara membimbangkan kerana di bahagian tengah, saya ada Shukur Saidin yang boleh ambil tempat Fauzan.

“Sementara, peranan ditinggalkan Faiz di jentera serangan, kemungkinan Osas Saha akan diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

“Di bahagian pertahanan, Mafry Balang boleh digandingkan bersama Reinaldo Lobo atau saya akan tengok pilihanlain seperti Darwira Sazan atau Mat Saiful Mohamad.

“Walaupun cara mereka bermain berlainan, saya tidak nampak mengapa mereka akan gagal jalankan tugas jika diturunkan, jadi buat semua peminat Pulau Pinang tidak perlu berasa bimbang, ” katanya.

Dalam masa sama, Jacken hormati kekuatan PDRM yang bariskan antara khidmat import terbaik pada saingan Liga Super.

Paling dia kagumi ialah bintang Maldives, Ali Ashfaq yang boleh beri banyak masalah kepada pasukannya jika tidak diberi perhatian.

“Saya ada buat analisis mendalam mengenai PDRM dan dapati Ali Ashfaq merupakan tunjang utama kekuatan pasukan kerana ada kepantasan serta bekerja keras di atas padang.

“Dia tidak boleh diberi banyak ruang dan perkara ini saya ingatkan pemain-pemain sepanjang perlawanan nanti.

“Selain itu, Safuwan Baharuddin juga berbahaya dalam situasi sepakan percuma atau sepakan penjuru, dia sering kali mampu jaringkan gol buat pasukan, ” katanya.

Berdasarkan rekod dua musim lalu di Liga Perdana 2014, Pulau Pinang tewas dalam kedua-dua perlawanan iaitu 0-1 di Stadium Bandaraya selain dibelasah 1-5 di Stadium Petaling Jaya.

Print