Tiada istilah nombor satu! – Sani Anuar Kamsani

Sani Anuar Kamsani_edited

Kehadiran bekas penjaga gol Harimau Muda, Mohd. Firdaus Muhammad dari Kedah tidak gentarkan Sani Anuar Kamsani bagi hadapi saingan Liga Super musim 2016.

Melihat itu sebagai satu persaingan sihat, Sani mengingatkan tiada istilah penjaga gol nombor satu dalam pasukan walaupun pada musim lalu, dia sering kali jadi pilihan jurulatih.

Baginya, sesiapa sahaja berhak berada dalam kesebelasan utama sekiranya tampil prestasi terbaik semasa latihan dan beraksi cemerlang jika diberi peluang bermain.

“Tiada sebarang masalah terima FirFirdaus_editeddaus bersama pasukan dan jika ada orang rasa kehadirannya bakal gugat posisi saya selaku penjaga gol utama, saya tidak fikir sedemikian.

“Tidak pernah terlintas yang saya ini penjaga gol nombor satu Pulau Pinang kerana peluang untuk beraksi, dilihat sama rata antara ketiga-tiga kami.

“Sesiapa sahaja beri komitmen tinggi masa latihan dan bila diberi kesempatan bermain, tampil dengan prestasi terpuji, dia paling berhak untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Jadi, saya terima kehadiran Firdaus sebagai cabaran meningkatkan lagi aksi dalam latihan dan perlawanan, bukannya satu ancaman, ” katanya.

Dia juga memuji Firdaus yang dilabel sebagai penjaga gol berpotensi besar dan mempunyai masa depan yang cerah.

Akui satu aset berguna kepada Pulau Pinang, Sani harap kehadiran Firdaus memantapkan cabaran Harimau Kumbang pada saingan Liga Super.

“Daripada apa yang saya perhatikan pada aksi Firdaus, dia memang seorang penjaga gol yang baik dan akan jadi pesaing hebat saya.

“Ditambah umur masih muda, Firdaus saya tampak antara penjaga gol berpotensi menjadi penjaga gol utama negara pada masa akan datang, ” katanya.

Dalam masa sama, Sani beri peringatan kepada penyokong setia Pulau Pinang bahawa Liga Super akan beri banyak cabaran dan tidak boleh samakan dengan saingan Liga Perdana.

Harap sokongan jitu sama ada menang atau kalah, dia yakin Harimau Kumbang mampu mencakar mangsa dan beri cabaran kepada pasukan lain.

“Setiap tahun, cabaran pasti berbeza dan ini ditambah Liga Super, jadi kita tidak boleh samakan apa yang kita lalui musim lepas kerana suasana pasti berbeza.

“Jika diberi peluang, saya akan terus beri terbaik seperti mana musim 2015 dan kepada penyokong, bersamalah pasukan tiap kali menang atau kalah, ” katanya.

Print