FAISAL JADI KEBANGGAAN HARIMAU KUMBANG

faisal

Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim menjadi tumpuan penyokong setelah mempamerkan aksi hebat biarpun hanya berumur 17 tahun ketika aksi Piala Presiden.

Namun Faisal tidak gentar berdepan apa-apa cabaran biarpun berasaskan fizikal yang kecil berbanding pemain lain.

“Idola saya Cristiano Ronaldo tapi walaupun saya kecil, saya akan bagi aksi yang terbaik. Saya berazam untuk bermain dalam skuad senior Pulau Pinang dalam masa dua tahun lagi.” kata penyerang itu.

Berasa terkilan kerana gagal membantu Pulau Pinang muncul juara kali kedua, Faisal meminta maaf buat penyokong Harimau Kumbang yang hadir ke stadium.

“Kami ada beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat dihasilkan kerana kami hilang fokus”

Walaupun skuad Harimau Kumbang tewas menentang Kelantan dalam aksi Piala Presiden, kelincahan Faisal jelas mempesonakan dengan larian pantas, kawalan bola dan skil yang menakjubkan.

Print