Category: Club News

(VIDEO) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – PEMAIN PULAU PINANG

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..!

Kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga bolasepak khasnya, patuhi arahan kerajaan pada musim perayaan ini, sentiasa kawal jarak anda, elakkan bersalaman, kerap membasuh tangan dan ambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Raikan Syawal ini dalam suasan dan norma yang baharu bersama keluarga terdekat. Salam Aidilfitri daripada kami semua..!

Penang Lawan Covid-19..! Haria Penang Haria..!

(VIDEO) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MANZOOR AZWIRA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam, khususnya kepada semua penyokong setia Harimau Kumbang.

Raya tahun ini sangat berbeza dan sangat istimewa dari tahun-tahun yang sebelumnya kerana kita masih berperang dengan pandemik Covid19.

Kita perlu mengambil tanggungjawab sosial, mempunyai kawalan kendiri dan amalkan normal baharu untuk sama-sama putuskan rantaian jangkitan Covid19.

Patuhi PKPB agar kita sama-sama dapat menyambut hari raya dalam keadaan yang selamat bersama keluarga terdekat.

#PenangLawanCovid19 #HariaPenangHaria #BolaPenang #SelamatHariRaya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Seluruh warga kerja Persatuan Bolasepak Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di seluruh negara khususnya peminat dan penyokong bolasepak Harimau Kumbang..!

Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya ada terkasar bahasa atau kesalahan yang tidak disengajakan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kami sendiri.

Selamat Hari Raya..!

#HariaPenangHaria #SelamatHariRaya #BolaPenang #PenangLawanCovid19