PENGUMUMAN RASMI

Pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mengadakan satu mesyuarat khas tengahari tadi bagi membincangkan prestasi semasa pasukan Liga Premier Pulau Pinang dan telah sebulat suara bersetuju membuat keputusan bahawa Ketua Jurulatih, Haji Ahmad Yusoff DIREHATKAN serta merta.

Keputusan drastik ini diambil setelah menilai kesemua aspek prestasi semasa dan demi memperbaiki cabaran pasukan di dalam baki saingan Liga Premier 2019.

Haji Ahmad Yusoff telah dimaklumkan berkenaan keputusan ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang
YB Dr. Amar Pritpal Abdullah