Ahmad Yusuf sah jurulatih baharu Harimau Kumbang

 

Ahmad Yusof telah berjaya membawa Sime Darby FC layak ke Liga Premier 2018, namun kecewa apabila pengurusan pasukan memutuskan untuk menarik diri daripada Liga Malaysia.

Ahmad Yusof kemudian berkelana ke satu lagi kelab Liga FAM, Hanelang FC musim berikutnya. Namun selepas lapan perlawanan, pengurusan pasukan mengumumkan penarikan diri daripada Liga FAM.

Ahmad Yusof sememangnya jurulatih yang penuh dengan pengalaman. Sebelum ini dia pernah membimbing 3 buah pasukan gergasi dalam saingan Liga Malaysia.

Jurulatih yang berusia 58 tahun ini pernah membimbing Pahang (2008), Kedah (2010-2011) dan Terengganu (2016), serta pernah menjadi penolong jurulatih kepada beberapa pasukan lain.