Author: FA Penang

Website administrator for Penang Football Association (FAP).

INSPIRASI KAPTEN KANG..!


Nama Kang Seung Jo tidaklah sehebat nama pemain-pemain import pasukan lain, namun bagi pasukan Pulau Pinang nama ini amat diperlukan di dalam ‘startlist’ setiap perlawanan.

Memasuki musim kedua bersama Pulau Pinang, pemain dari Korea Selatan ini sudah amat serasi dengan kancah bolasepak Malaysia.

Diberi tanggungjawab sebagai kapten untuk musim 2019, Kang yang sinonim di posisi midfielder, terpaksa korbankan posisi kegemarannya demi untuk memperkuatkan barisan pertahanan Pulau Pinang.

Ternyata kini Kang boleh dianggap pemain utiliti dan nadi pasukan Pulau Pinang apabila mampu beraksi dengan baik di posisi yang di perlukan oleh jurulatih.

Dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, kini peranan Kang lebih di perlukan untuk mengemudi barisan tengah dan ianya telah terbukti di dalam dua perlawanan terakhir.

Setelah mencetak gol pertama musim ini menerusi ‘trademark freekick’ beliau ketika menewaskan Kelantan, kreativiti Kang amat di tagih untuk membantu barisan serangan pasukan Pulau Pinang.

강승조 대위 님 감사합니다..!

#HariaPenangHaria #BolaPenang

DEBUT YANG SEMPURNA BUAT CASAGRANDE.


Pemain baharu yang dipinjamkan dari pasukan Melaka United, Anselmo Casagrande memulakan aksi bersama Pulau Pinang dengan bergaya apabila beraksi 90 minit dan berjaya menjaringkan satu gol ketika menewaskan pendahulu Liga Premier Malaysia 2019, JDT II semalam di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kehadiran beliau telah menambahkan lagi bisa di bahagian serangan pasukan Pulau Pinang. Pastikan anda semua hadir untuk menyaksikan ‘HOME DEBUT’ beliau pada hari Sabtu nanti di mana Harimau Kumbang akan turun menentang Sabah.

#HariaPenangHaria #BolaPenang

SABAH (2) – (0) PULAU PINANG

Dua faktor utama menjadi penyebab Pulau Pinang tewas tersungkur di tangan Sabah 0-2 dalam saingan Liga Malaysia 2019 di Stadium Likas, malam tadi.

Pemangku Jurulatih Kamal Kalid berkata, biarpun perlawanan kedua pasukan agak seimbang pada awal separuh masa pertama namun peluang digunakan sepenuh oleh Sabah untuk mencapai kemenangan sekaligus memperolehi tiga mata penuh.

“Anak buah saya telah membuktikan kesungguhan permainan dengan begitu baik cuma beberapa peluang yang diperolehi gagal digunakan sebaiknya untuk mencari gol.

“Terdapat tiga atau empat peluang terhidang buat Pulau Pinang namun disia-siakan sekaligus merencatkan peluang mencari gol penyamaan mahupun kemenangan.

“Kami akur dengan keputusan biarpun agak kecewa dengan apa yang terjadi sebenarnya dan Pulau Pinang perlu bangkit,” katanya.

Gol Sabah dijaringkan Luiz Junior pada minit ke-3 dan 52

Kamal berkata, biarpun gagal membawa pulang tiga mata namun semangat untuk terus berjuang tidak terhenti begitu sahaja dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk capai kejayaan.

“Harimau Kumbang tidak pernah putus asa dan tetap berusaha sebaik mungkin untuk cipta kemenangan ketika menanti kunjungan Penjara FC di Stadium Negeri, Batu Kawan Rabu depan.

“Insyallah berkat doa, kejayaan pasti menjadi milik Pulau Pinang dan inilah yang kita inginkan untuk terus positif pada perlawanan di masa depan,” katanya.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menerima Kunjungan Hormat dari Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai sebahagian daripada agenda menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 2017-2021, esok.

Perkara yang sempat dibincangkan malam tadi ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta jalinan kerjasama antara FAP bersama FAM khususnya.

FAP diwakili Presiden FAP, YB Dr. Amar Pritpal Abdullah, Timbalan Presiden, Dato’ Abdul Rashid Ismail, Setiausaha Kehormat, Dastagir V. K. Mohd Yassin dan serta ahli-ahli exco FAP.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 Sesi 2017-2021.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin tiba di Pulau Pinang petang tadi dengan disambut oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), YB Dr. Amar Pritpal Abdullah bersama Timbalan Presiden FAP, Dato’ Abdul Rashid Ismail serta Setiausaha Kehormat FAP, En. Dastagir V.K Mohd Yassin.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke 7 Sesi 2017-2021 akan berlangsung Sabtu ini di Pulau Pinang.