Category: SuperBest Power Piala FA

Bulan madu sudah berakhir..! – Rafiuddin Roddin

FA1Cerita kemenangan 4-1 ke atas Pahang FC pada Selasa lalu dan kehebatan skil sepakan percuma Faiz Subri menghasilkan jaringan ketiga, mungkin sudah boleh dilupakan seketika buat semua pemain serta peminat Pulau Pinang.

Bakal berdepan Kuantan FA, yang dilabel sebagai pasukan adik kepada Pahang FC, kemampuan skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria ini tidak wajar diperlekehkan.

Membelasah Sabah 4-1 selain berjaya mengikat Negeri Sembilan 1-1 di laman lawan, Pulau Pinang nyata perlu mengambil serius Kuantan FA terutama kemampuan beberapa pemain import mereka yang menarik perhatian.

e29b618a-f99e-4810-b8b4-932980ddd162Justeru, ketua pasukan skuad Harimau Kumbang, Mohd. Rafiuddin Roddin mengingatkan kepada rakan sepasukannya, masa untuk meraikan kejayaan pertama Liga Super membenam Pahang sudah berakhir dan kini perlu fokus pada pusingan kedua Piala FA.

“Siapa tidak gembira bila berjaya mencatat keputusan sebegitu rupa tambahan itu tiga mata kami pada saingan Liga Super setelah sekian lama. Namun, itu cerita pada Selasa lalu dan kami bakal beraksi pada kejohanan berbeza iaitu Piala FA yang sememangnya jadi salah satu sasaran utama kami mendapatkan trofi.